Adakah anda berani tampil di hadapan kamera, sentiasa up-to-date dengan trend TikTok & Reels, dan mempunyai idea-idea 'gila' yang luar kotak? Sertai pasukan pemasaran Bitacat hari ini!
Merangka, merancang dan menghasilkan idea konten video yang menarik untuk platform media sosial (TikTok, IG Reels, FB, YouTube Shorts).
Terlibat secara langsung dalam proses penggambaran (shooting) dan penyuntingan (editing) video yang berkualiti.
Tampil berani dan yakin di hadapan kamera sebagai 'wajah' jenama untuk konten harian.
Mengkaji trend terkini (audio, transition, format) dan mengaplikasikannya dalam pemasaran jenama.
Sesi 'Brainstorming' bersama pasukan kreatif dan pemasaran untuk kempen promosi bulanan.
Mempunyai pengalaman dalam menghasilkan konten. (Portfolio/Link Media Sosial diperlukan semasa memohon).
Mahir menggunakan aplikasi suntingan video mudah alih atau desktop (CapCut, Premiere Pro, atau setara).
Berpewatakan menarik, ceria, dan tidak malu / 'camera shy'. Boleh berkomunikasi dengan baik.
Kreatif, boleh bekerja dalam pasukan, dan terbuka menerima teguran membina.
Seorang pencinta kucing adalah satu BONUS BESAR!
Kami menyediakan persekitaran yang meraikan kreativiti tanpa batasan. Di Bitacat, idea anda dihargai.
Peluang untuk bereksperimen dengan pelbagai format video. Idea "gila" anda sentiasa dialu-alukan di sini.
Akses kepada studio, lighting, kamera, dan props yang lengkap untuk membantu anda menghasilkan konten berkualiti tinggi.
Team yang muda, supportive, dan semestinya pejabat yang mesra haiwan peliharaan. Kerja tak stress!
Bitacat (di bawah Pakmansor Agromodern Sdn. Bhd.) telah menempa nama pantas di pasaran digital sebagai penyedia suplemen kucing berkualiti tinggi. Kami telah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit bersandarkan kekuatan **Pemasaran Digital & Content Kreatif**.
Dengan pertumbuhan yang berterusan, kami memerlukan pakar konten seperti anda untuk mengembangkan lagi jenama ini di platform seperti TikTok dan Reels untuk menjangkau lebih ramai pencinta kucing di seluruh Malaysia.
RM1J+
Jualan Syarikat
100K+
Pelanggan Setia
Platform Anda Akan Berkarya
Intai kemeriahan dan kekeluargaan yang terbina dalam pasukan kami. Kerja kuat, 'play hard'!
Jangan lupa untuk menyertakan pautan Portfolio atau akaun TikTok/Instagram anda di dalam borang di bawah. Tunjukkan kepada kami hasil kreativiti anda!